Alhamdulillah, semalam baru saja mengikuti forum bicara ustaz azhar idrus n ustaz bollywod disamping moderatornya ustaz syed norhisyam..memang best sgt2 n intipati yg disampaikan mmg cukup berkesan bagi saya dalam merangka perjalanan hidup yang diberkati olehNya..
sambil mendengar ceramah, otak ligat memikirkan tjuk yang dibahaskan dgn kehidupan seharian..
BERTUAHKAN MENJADI SEORANG ISTERI @ SEORANG ANAK..ermm, lebih kurang mcm tu la tajuk die...
mungkin selama ini kita sering kaitkan bertuahnya seseorang bila ad harta yang bayk, rupa yg cntik, ada pangkat or disegani rmai orang..tetapi hakikatnya, kita lupa bahawa jika kita mengukur TUAH sesorang bersandarkan duniawi semata-mata, seolah-olah tiada bezanya kita dgn non-muslim...knapa sy berkata begitu? cuba kita tgk, org non-muslim pun memiliki semua yg kita banggakan..so dimana bertuahnya kita sedangkan kita tahu orang islam lebih bertuah dari orang yang bukan islam??...
Kita terlupa tentang hakikat hidup.. Bertuah seseorang adalah kerana :
- Taatnya dalam beragama
- Kesungguahan nya dalam mencari redha Allah
- Mencintai Allah melebihi segala apa ad yang dilangit dan di bumi..
- Solehahnya seorang anak perempuan kepada ibu bapa
- Mithali seorang isteri kpd seorang suami
Jika ciri-ciri tersebut ada dalam diri kita, alangkah bertuahnya kita...(ni sebenarnya sebahagian dari ciri2 yg disebut oleh ustaz mlm td).
dan yang paling penting adalah, BERTUAHNYA seseorang jika memiliki umur yang panjang tetapi dihabiskan utk beribadat kpd Allah... Allahurabbi, sungguh bertuah hamba itu..
Semoga kita menjadi hambaNya yang bertuah..


No comments:
Post a Comment