Saturday, December 25, 2010

padaMu kekasihku...

Bismillahirrahmanir rahim..

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu

Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada

Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini

Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,

Tanpa aku bicarakannya kepadaMu

Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri

Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini

Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku

Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

Aku tahu..

Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri

Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah

Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.

Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.

Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu

Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu

Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya

Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu

Dan tertipu dengan dunia dan syaitan

Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu

Pandanglah aku dengan keampunanMu

Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu

Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu

Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?

Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?

Bagaimanakah keadaanku waktu itu??

Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?

Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?

Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?

Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?

Allah, aku bimbang..

Aku gusar dan takut Ya Allah..

Apabila memikirkan saat itu

Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.

Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini

Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan

Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu

Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?

Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu

Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa

Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu

Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu

Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu

Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu

Engkau sentiasa bersedia mengampuniku. ..

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu

Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda

Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?

Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?

Allah, aku mohon dengan sangat..

Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu

Agar tersenyum aku pulang mengadapMu

Allah, terimalah taubatku

Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu

Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu

Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu

Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak

Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini

Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu

Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::

Tuesday, September 7, 2010

andai ini ramdhan terakhir bagiku...



salam penguhujung ramadhan diucapkan....


ramadhan kian hampir melabuhkan tirainya..kini, sini sana lagu2 raya kian rncak berkumandng dicorong2 radia..tv pom kian berlumba2 menyiarkan iklan hri raya, bahkan kian rncak menyiarkan crta2 atau filem yg bkal dityangkan...kta sndri pn sama2 sbuk menyiapkan persiapan rya, almaklumlah rya setahun sekali ktakan...tanpa kita sedar, fenomena ini, membuatkan kte hanyut pda keasyikan kta dlam meraikan eidfitri yg bkal tiba..


mmg eidfitri kte perlu meraikannya, tp kte jg hrus tahu btas2 utk kte meraikan hari kemenangan bg umat islam yg berjaya menyempurnakan ibdah puasa slama sebulan...kte x boleh terlalu ghairah dlam meraikan nya, tp perlulah kte meraikan kedatngannya dgn rse penuh kesyukuran krana akhirnya, mampu jga kte melaksnakan rkun islam ini dgn sempurna..tp ikhlas kah kte dlam melaksanakannya??ermm, yg tu, kne check dri kta msg2...


tapi, dlam kemeriahan kta meraikan eidfitri ini, pernah x kte t'fikir dpatkan kte berada dlam blan rmdhan yg akan dtg???


andainya ini adlah rmdhan terakhir ut kte,

sudahkan kte bersedia utk berpisah selama-lamanya dgn rmdhan yg tiada kunjung lg bt kte??


andai ini rmdhan terakhir bt kte,

mampukah kte merelakan dri kte utk tdak bertemu dgn nya lg???


andai ini rmdhan terakhir bt kte,

ckupkah amaln kte pda blan ini utk bekalan di alam yg akan dtang??


andai ini rmdhan terakhir bt kte,

sudahkah dri ini mengisi detik2 yg kian berlalu meninggalkan kte dgn hal yg sepatutnya???


sesungguhnya,

terlalu berat utk dri ini berpisah dgn rmdhan yg pnuh kemuliaan ini..

terlalu pahit utk ditelan jka ini adlah ramadhan terakhir btku...

tidak rela rsenya utk tidak bertemu dgnnya lg...nmun, tiada siapa yg bisa menolak ketentuan Illahi...


sesungghnya...

jika ini adlah rmdhan terakhir btku...

ku mohon pdMu Ya Rabb..

agar diberik kesdaran pd dri yg pnuh kefakiran ini, agar tidak terlalu ghairah dlam mengejar kenikmatan dunia yg mampu memalsukan antara kaca dengan permata...agar aku mampu menyuburkan setiap detik yg berlalu pd ramdhan ini dgn titisan embun mampu menyuburkan iman yg hnya setitik cuma...

jika ini adlah rmdhan terakhir buatku....

berilah aku kesdran, agar sentiasa tahu dlam menilai erti saat yg kian hmpir pd penghujungnya dan tidak terus dri dibuai hambatan nfsu, yg tdak mngenal lelah membisik kta2 beracun dlam dri ini....

dan jka ini rmdhan terakhir btku..

berilah aku kekuatan dlam mentaati perintah Mu

agr aku tdak lelah dlam menyusuri liku2 hdup yg kian hmpir ke penghujungnya....

Friday, August 27, 2010

pose oh pose!!!!

salam ramadhan utk smua....
rmdhan nmpaknya da smpai ke pertengahannya...rase cpat sgt mse berlalu....rasa bru kjap jer puasa tp da hmpir spruh da...bilang2 dgn jari ni, 13 hari lg nk raye...huhuhuhu...cdey plak nk b'psah dgn ramadhan kali ni...ntah, thun dpan, b'kesempatan lg ke x kte merainya lg....

terawih thun ni, ak bt sorg2 jer..huhuhu...cdeh sgt..law kt kg, bleh g masjid, tp kt cni, msjid jauh lorr,huk3....hurmmm, nak blik!!!!!!! rndu nye nk b'pose kt kg...law kt kg, hari2 bleh p trawih kt masjid, almaklumlah, masjid kt tepi umah jer, jlan brape langkah, da smpai da ae, pnat pom x trase, law trase pom coz nk kjar b4 tok imam angkat takbir,hehehe...

huhuhu, rndu nk bka pose ngan family, nk sediakn juadah tuk adk2...huhuhuhu...biasenyer, time nk b'bka, ak la org yg bzy after mak..huhuhu..tp, thun ni, nampak gayanya, juz bleh pose 1 hari jer kt umah...t'pksa lorrr...huk3...nk bt cam ner, resign ak tuk hjg blan nk, kne dilanjutkan smpai awl blan 9 coz x de org take over i punyer kje..huhuhuh...nk tlak, x sampai hati plak ngan akak supervsor yg baik ngan aku tuu...die la yg suh ak stay smpai blan 9 ni,...tp, x pe la, pas ni, i nk rileks puas2 kt kg 2...nk release my tension ni...adoiii, kje pom tension, x kje pom lg tension jgak sbnarnya....ayoyo....sbar jer la, smntra menanti yg t'baik.....

kesihatan aku, dr star pose smpai skang asyik k.o jer..huhuhu...ari first pose, da dmam, n selsema n batuk n slsema blik....huhuhu..dugaan2...tmbah2 dgn problem kt tmpat kje, rse cam nk tido jer, x nk bgun2, huhuhu..tp, sbarlah duhai hati, strong ur self k!!!!ini sume tarbiyah hati kte agar sntiasa sbar n tbah bla b'hdpan dgn sesuatu dugaan..x bleh cpat melatah, almaklumlah, umo pom da meningkat, so pemikiran pom kne seiring jgak dgn usia...hehehe, bab matang or x ag, itu lain citer la...yg pasti, i sdang b'usha kearah tuuu...huhuhu...

ok la, ckuplah stkat ni dlu tuk kali ni...smoga, diberi kelapangan utk mencreate lg di lain wktu...salammm rmadha ya kareem...

Monday, August 2, 2010

......bila cinta itu mula bertamu....


cinta itu....

satu anugerah

satu perasaan suci...

satu keghairahan

yg lhir dr lbuk hati nan dalam...

yg tiada titk nktohnya,

untuk diselami sedalam mana

serta sekuat mna rantaian

kasih yang berputik.....



namun,

mampukah aku menyekat rsa itu,

andai kasih mula bersemi????



mengapa hrus ku biarkan

dri ini trus t'leka dgn cnta nfsu semata-mata

yg bertunjangkan godaan syaitan

serta dicemari oleh bisikan iblis??



oh Tuhan...

kuatkanlah diri ini...

jauhkanlah diri ini...

pagarilah diri ini...

serta..

sinarilah diri ini...

dengan cahaya kasih sayangMu yang tiada berpenghujungnya....

yang sentiasa mekar & harum mewangi

laksana wanginya wangian kasturi di taman syurgawi...

yg dr jauh sudah mampu menghidu

betapa harumnya haruman itu....



sesungguhnya..

ingin sekali aku

melatakkan cintamu ya Rabb di segenap relung hatiku...

namun...

diriku bukan maksum

yang sentiasa gagal mengutamakan cinta diantara cinta...

yang sentiasa tergoyah imannya

yang nipisnya

bisa dikoyak dan dirobak

meski tanpa tenaga...

pasti berteraburan ia berterbangan...



namun...

mampukah aku ya Allah..

untuk melakukan seperti itu???

ya Tuhan...

andainya bisa dijerit pekik hati ini...

yang sentiasa menjadi sarang

bisikan2 halus untuk melakukan maksiat

ingin sekali aku melakukan nya..



agar sarang2 yg tumbuh itu

bisa hancur lumat

dek lantaran jeritan pekikan ku itu...



Ya Rabb...

Kau lindungilah aku dari cinta palsu semata-mata,

Kau panyungilah aku dengan rahmat kasih sayangMu

agar aku tidak gersang

bila"nur"Mu

melimpah dihati...



serta

Kau tutupkan pntu hatiku,

dari mencntai insan2 yang tidak sepatutnya aku cintai

andai ianya mampu mengundang kemurkaanMu padaku...

andai ia mampu menjauhkan aku dr kasih sayangMu...

kerna

ingin sekali aku

menjaga rasa cinta yang Engkau angerahkan dalam diri ini

hanya pada yang halal sahaja...

agar redhaiMu menjadi peneman hidupku..



ya Rabb..

sesungguhnya aku tidak mampu hidup tanpa kasih sayangMu..

Thursday, July 29, 2010

buat mU bidadari syurga...


salam seindah mentari dhuha....

apabila hati diserahkah kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk dimata dan hati....
apabila wanita terus mengikatkan hati mereka kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebgai perhiasan yg dijga rapi...
redup wjahnya mengundang pembelaan dari hati yg mnjdi hamba Tuhan dan kerendahan hati yg tundk kpd syariat meletakkan ia sntiasa dlm keredhaan dan perlindungan dr Zat Yang Maha Agung...inilah wnita sjati yg b'glar wnita solehah sperti yg digambarkan oleh Rasulullah s.a.w:

'dunia adlah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah'

di dunia, bidadari mencemburui kesolehannya dan diakhirat bidadari sudi menjadi khadamnya..sebaliknya, jika hati dibawa jauh dr Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yg menjadi pnca kemelut serta kacau bilau..
apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pntun yg akan menjerumuskannya ke Lembah ftnah kehinaan...hilanglah redup wjah yg menjd dambaan dan yg terserlah ialah kecantikan palsu yg menanti utk diekploitasi oleh mnsia buas yg m'jd hamba nfsu..

ibrat bnga sejati n bnga plastik..jika bnga plastik disembur pewangi, hrumannya x kkal lma..hruman bnga plastik bkan miliknya yg sebenar, ia hrum plsu yg b'sfat luaran..
b'bza dgn keharuman bnga sejati tetap kekal dimana sja ia dletakkan, dijmbngan ataupun sekadar tmbuh di pinggir belantara....
sebaliknya bnga plastik tetap kaku, hruman palsunya akn smakin hilang wlaupun t'ssun indah di jmbngan emas...

wanita solehah yg hatinya terikat dgn Allah, si gdis dihiasi sifat sopan dan malu, si ank mentaati ibu bpa, srikandi dihiasi keberanian n ketegasan yg penuh kesopanan serta prihatin kpd suasana msyrakat, si isteri pnuh ketaatn, kesetiaan dan ksih syg t'hdap suami...semuanya berteraskan rsa cinta kpd Yang Maha Pencipta..berbahagialah kaum adam yg b'jaya memiliki 'perhiasan' sejati ini krana hidupmu pastia akn t'arah ke syurga..syurga dunia yg disegerakan n syurga hakiki yg kekal abadi....

seorg wanita yg hatinya jauh dr Allah msih mampu m'jd perhiasan dunia yg digilai oleh segenap lelaki..kecantikan dan lentoknya menjdkan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sanggup berkorban segala-galanya..suatu perhambaan yg tersirat...terpenjaralah hati kaum Adam yg memilih p'hiasan 'palsu' ini...hati menjadi sempit dan akhirat terseksa tanpa btas...
wanita bleh memilih smada mahu mjdi 'bunga sejati'..wanita solehah yg mmbwa tenang..wnita yg bleh memilih utk mnjdi 'bunga plastik'...wnita yg mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran...wnita hnya akn lyak m'jdi 'bunga sejati' jika hati tndk kpada Tuhan...Maha suci Allah yg telah memuliakan wanita dgn sifat2 solehah......

....jadilah wanita yg benar2 layak dipanggil wanita....

salam kasih tanpa sempadan, drku utkmu....perindu cinta Allah

Tuesday, July 27, 2010

rezeki Allah

salam...
Syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNya, dpt lg aku menggerakkan jari jemari dlm mengetuk huruf2 kt komputer ni tuk dikongsi b'sma..

ermmm...
sebenarnya, aku ni bru jer blik dr interview kje..kje ap???kje biase2 jer, kat cafe mkanan....juz tuk cari pengelaman n to release my borinkkk...dr jd penganggur t'hormat better p kje lorr..dpt jga la dwet poket tuk sara diri..huhuhu..
Alhamdulliah, sessi aku ditemuramah oleh manager kt c2 'jlan dgn lncar..mula2, t'gagap jga la smada nk tipu 2@ x ak ad diploma coz kemungkinan bsar law bgtaw yg aku ad diploma x ley kje kot..Almaklumlah kje yg ak apply ni dgn spm pn bleh dpat...tapi, da lmrah alam, ak ni x pndai menipu..so ak trus trang jer la ttg kelulusan ak yg sebenarnya....biarlah, law ad rzeki ..ad, janji aku x menipu..huhuhu

bru jer smpai nk bka pntu rmah, trus dpat call dr mnger kt citu yg ak kne da bley start kje ESOKK!!!! alahai, nape cpat ngat ni...i pn x ready ag..huhuhu..tp, utk menunjukkan kesunggahan aku tuk b'kerja, i pn kte la bleh...huhuhu..da la kne start kul 7 lg...wow, awl bgt dong...

Benarlah hakikat idup, Klau Allah nk bg rzeki kjap jer dpt...semuanya dlam genggaman Yang Maha Besar..Sesungguhnya, diri ini amt b'syukur dgn rezeki yg Engkau kurniakan pd hambaMu ni...Moga2, dgn rzeki yg Engkau limpahkan ini, mampu mendidik jiwa ini agr sentiasa b'syukur dgn setiap rezeki yg tlah diberi...sikit @ byk, semuanya tlah ditetapkan oleh Yang Maha Besar...

moga2, ak dpt melaksanakan krja t'sebt dgn hati yg ikhlas dan aku cuba sedaya mungkin utk tidak b'sungut...

sesungguhnya, dri ini adlah perindu cintaMu...

Monday, July 26, 2010

salam pertemuan..


salam....


Alhamdulillah, dgn berkat izinNya dpt jg aku m'create blog x sberapa ni....

da byk kali da try nk bt, ad jer hlangan nye...huhuhu..bleh di ktakan da nk give up da, tp ak da set kt mind ni, x ley lg give up, tunggu duluuuuu...mne bleh awl2 da nk srrender da...

xpe2, kte try lg ae (ayt tuk pjuk dri sndri),hehehe

asyik dk bce blog org jer, blog sndri ble lg nk bt...so, i've made dcsion, kena bt jga!!! xbleh da nk b'tangguh2 ni...

at the end, di mlam yg pnuh kberktan ni ' Malam Nisfu Syaaban', akhirnya b'jaya jga aku create blog ni..Alhamdulillah, segala kesyukuran ku pnjatkn padaMu ya Rabb kerna m'beriku ilham utk m'bt blog ni..


Smoga ak dpt menfaatkan blog ni dgn sesesempurna yg mgkin dlam mengucup RedhaMu Tuhan..


tiada yg lbih b'mkna dlam idup ini, selain dr RedhaMu m'jdi peneman utk hati yg gersang ini..


Sesungguhnya aku perindu syurgaMu...